
Keadaan trafik di beberapa lebuh raya utama mula perlahan apabila orang ramai kembali ke ibu kota selepas pulang bercuti di kampung sempena Aidilfitri.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sebanyak 2.9 juta kenderaan dijangka akan memasuki ibu kota sehingga lewat malam ini.
“Perkembangan trafik hari ini menunjukkan peningkatan berperingkat sejak pagi dan dijangka berterusan hingga ke malam berikutan orang ramai mula pulang ke bandar untuk kembali bekerja.
“Aliran trafik masuk ke ibu kota ketika ini membabitkan pergerakan dari arah utara, selatan dan pantai timur, khususnya melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) serta Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
“Semalam aliran lebih tinggi dari arah pantai timur, hari ini kita lihat peningkatan…