
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 4 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan menjelang perayaan Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.
Beliau berkata, Lebuhraya PLUS dilaporkan sesak ke utara di Rawang menghala Sungai Buaya, Tapah menghala Gopeng, Juru menuju Perai dan Seberang Jaya ke Sungai Dua.
“Sementara arah Selatan sesak di Kempas menghala Pasir Gudang dan di LPT2, kesesakan dilaporkan berlaku di Plaza Tol Kuala Terengganu.
“Trafik juga sesak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di Kota Kemuning menghala Hicom dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Puchong Jaya menuju Jalan…