Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Alkisah Perangai Ibu Kuat Tidur Masa Mengandung, Sekali Turun Pula Ke Anak Siap Berdengkur

today12 November 2021

Background


Menerusi perkongsian video daripada @viannanasir, kelihatan dia berkongsi perangai semasa mengandungkan anak perempuannya.

Menurut wanita itu, dia merupakan seorang yang kuat tidur semasa mengandung. Mungkin kerana keletihan dan tidak bermaya, sudah pasti ramai juga ibu mengandung di luar sana mempunyai perangai sama seperti ini bukan?

Namun, siapa sangka perangainya itu diikuti oleh si kecil yang baru dilahirkannya. Anaknya juga kuat tidur saling tak tumpah seperti ibunya. Malah, si comel itu juga kuat berdengkur.

“Alkisah time pregnant kuat tidur. Keluar anak pun kuat tidur siap pakej kuat berdengkur & ngences,” katanya di kapsyen.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post