Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Allah Tahu Apa Yang Terbaik” – Kazar Saisi

today23 August 2024

Background

Pelakon Kazar Saisi tampil berkongsi kata-kata di ruangan Instagram Story miliknya.

Selepas berita mengenai perceraian anaknya, Ira Kazar bersama pengarah popular, Syamsul Yusof tular, pelakon Kazar Saisi akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu tersebut.

Kongsi Kazar, tidak kira apa pun situasi yang berlaku dan terpaksa dilalui sekarang ini adalah kerana asbab Allah SWT telah memilih insan tersebut.

“Kepada semua sahabat dan teman, ingatlah selalu, tidak kira situasi apapun yang sedang kita lalui sekarang, Allah telah pun memilih kita.

“Jangan bersedih atau merungut,” katanya.

Perkara itu dikongsi Kazar atau nama penuhnya, Kazaruddin Saisi, 68, selepas berita mengenai perceraian anaknya, Ira Kazar bersama pengarah popular, Syamsul Yusof tular.

Dalam pada itu, Kazar menyifatkan setiap apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Allah tahu apa yang terbaik dan dia juga akan berikan kita yang terbaik walaupun mengambil masa lama.

“Berterima kasihlah untuk segalanya. Ucap Alhamdulillah,” kongsinya.

Sebelum ini, nama Ira Kazar dan Syamsul Yusof hangat diperkatakan selepas pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu memfailkan cerai terhadap anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Selasa.

Walaupun usia rumah tangga yang dibina baru menginjak setahun, namun pasanagn itu dikahbarkan berpisah disebabkan sudah tiada lagi persefahaman.

Sekadar info, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand selepas berita mengenai pernikahan mereka disahkan Syamsul sendiri menerusi hantaran video yang di muat naik di akaun Instagram miliknya.

Written by: Aqilah


Previous post