Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Allah Tutup Aib Saya” – Alif Satar

today14 January 2025

Background

Penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila segala aib membabitkannya dihindari dan dilindungi Yang Maha Esa.

Ketika ditemui XTRA, Alif atau nama lengkapnya, Muhammad Alif Mohd Satar, 35, mengakui tidak pernah merasakan gelaran lelaki ‘unproblematic’ akibat tidak pernah terbabit kontroversi seperti isu kecurangan sebagai satu bebanan buat dirinya.

“Alhamdulillah, Allah tutup aib saya. bersyukur sangat-sangat. Tetapi kita semua ada kelemahan , tiada manusia yang sempurna. Ada seorang yang sempurna tapi dah wafat lama 1,400 tahun dahulu.

“Kalau tanya saya rasa beban ke nak pikul gelaran itu, tak pernah sama sekali. Tak pernah rasa pun saya ini lelaki ‘unproblematic’ seperti yang orang katakan. Saya hanya jadi diri sendiri, tak ada rasa macam ini hanya lakonan semata,” katanya.

Alif berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sesi penggambaran bagi mempromosikan sebuah drama dibawah arahan Erma Fatima yang diadakan di Seri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, pada Khamis lalu.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu popular Akhiri Penantianku ini turut berpegang teguh kepada sunnah dan ajaran Nabi Muhammad SAW sebagai penanda jalan dalam kehidupannya.

“Kita cuba bercita-cita untuk jadi yang terbaik dan dia, Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik. Saya memang mengikut ajaran Sunnah, bagaimana beliau hidup saya cuba buat terbaik.

“Kalau ada kesilapan akan datang, itu semua perkara biasa sebab kita adalah manusia biasa. Tak pernah cakap yang saya ini sempurna. Pegangan saya ikut sunnah. Sekali dua saya tersilap langkah, saya istighfar panjang,” katanya.

Written by: Aqilah


Previous post