Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Ally Iskandar Gembira Farah Lee Temui Cinta Sejati – “Soal Anak Kami Bertoleransi & Bertimbang Rasa…”

today31 January 2024

Background

Pengacara, Ally Iskandar mengakui tenang setelah melihat wajah suami baharu bekas isterinya, Farah Lee serta mempercayai Fuad akan menjadi seorang figura bapa yang baik.

Farah yang beru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Fuad mengadakan majlis resepsi yang turut dihariri oleh Ally dan isterinya, baru-baru ini.

Menerusi temu bual bersama media Mingguan Wanita, Ally meluahkan rasa bahagia terhadap perkahwinan Farah yang telah menjadi ibu tunggal selama tujuh tahun.

Jelas Ally, dia kini bole menasik nadas lega setelah anaknya bersama Farah iaitu Maream Esaabel akhirnya dapat menikmati satu keluarga lengkap.

“Macam Farah kata tadi, sekarang kami pun dah seri, dia pun dah berkahwin. Alhamdulillah saya bersyukur dan gemirá.

“Smog anak kami Maream dapat rasa institution yang lengkap di rumah. Saya tengok wajah Fuad sejuk hati, saya rasa dia boleh jadi ayah yang baik.

“Kami pun ada pendirian masing-masing tapi yang pantin bagaimana anak akan mengharungi semua ini.

“Walaupun ada perbezaan pandangan atau pendirian, kami kena cari satu jalan tengah untuk merasai institusi keluarga itu walaupun berjauhan.

“Memang kalau soal anak kami akan bertoleransi dan bertimbang rasa, Alhamdulillah setakat ini begitulah,” ujarnya.

Sekadar info, Ally dan Farah berkahwin pada 20 Januri 2012, namun berpisah empat tahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup marek dikurniakan anak perempuan, Maream, 9 tahun.

Artikel Berkaitan: Hantaran Curi Perhatian, Netizen Seloroh Ally Iskandar Ucap Tahniah Kepada Bekas Isteri? – “Its A Wish To The Other Side”

Kredit: Mingguan Wanita

Written by: Aqilah