Pelakon, Datin Almy Nadia lebih selesa untuk menguruskan anak-anaknya sendirian, tanpa perlu bergantung kepada pengasuh.
Menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz ini tidak berasa tertekan apabila perlu mengorbankan segala kehidupannya terdahulu demi anak-anak tercinta.
Jelas ibu anak empat ini, dia bersyukur apabila dapat membesarkan dan memasak makanan kegemaran anak-anaknya.
Menurutnya, anak–anak merupakan harta dunia akhirat yang amat besar nilainya lebih daripada kehidupan sendiri.
“Saya korban segala-galanya demi harta akhirat saya iaitu anak-anak saya. Tak apalah.. Mula-mula bila ada anak satu rasa give up, stress, sedih… Tapi bila dah ada anak dua tiga empat ini saya dah tak rasa benda tu.
“Saya rasa seperti ‘heaven’… Orang yang rasa stress tu mungkin dia rasa tak suka. Saya rasa happy. Saya punya prinsip, tak tahu orang lain macam mana.. Mungkin diorang fikir hantar je la anak pergi rumah pengasuh untuk dapat ‘me time’, boleh keluar dengan kawan-kawan.
“Tapi saya tidak ada kehidupan dengan kawan-kawan, kami on the phone saja. Saya tak tahu la orang lain.
“Mungkin orang kita, dia Datin Datuk ambil je la pembantu rumah, sibuk nak jaga sendiri buat apa’. Kita tak tahu pemikiran orang tu macam mana, rambut pun warna lain.
“Tak ada kawan tak apa tapi harta dunia akhirat saya selamat. Saya dapat jaga anak-anak saya depan mata. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai para ibu yang bersetuju dengan luahan hati Almy itu.