Hot FM

Along Cham didakwa miliki ganja lebih 58 gram


Muhammad Nizamuddin Ahmad Along Cham
Muhammad Nizamuddin Ahmad atau Along Cham mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki ganja seberat 58.23 gram pada 14 Dis lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pelawak Muhammad Nizamuddin Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memiliki ganja seberat 58.23 gram.

Nizamuddin, 41, atau Along Cham membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Nizamuddin disyaki memiliki dadah jenis ganja seberat 58.23 gram di sebuah rumah di Cyberjaya, 14 Dis lalu, lapor Berita Harian.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan minimum 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fadly Hashim.

Ahmad Fuad menolak permohonan Nizamuddin untuk ikat jamin sementara menunggu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version