Pelakon, Zarina Zainuddin hangat menjadi tumpuan ramai di media sosial selepas tular sebuah video memaparkan dirinya mengalun Selawat Tafrijiyyah dan menyanyikan Nasyid I’ktiraf dengan penuh penghayatan sehingga mengalirkan air mata.
Susulan tindakannya itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan kritikan dan kecaman yang meluahkan rasa kurang senang terhadap suaranya yang dikatakan tidak merdu.

Namun begitu, Zarina berkata dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menjadi penyanyi atau mahu membuat album.
Sebaliknya, Zarina menjelaskan dia hanya mahu menyebarkan kebaikan dengan mengajak orang ramai untuk berselawat.
“Saya bukan penyanyi dan tiada niat pun nak buat album.
“Semoga sama-sama dapat kebaikan walaupun telinga korang naik bengkak, tumbuh bisul dengar suara saya yang tak sedap ni,” katanya ringkas di kapsyen.

@zarinazainuddinzz Lepas n#post video ni ada pulak orang meninggal 😢.. Saya nak bagitahu saya bukan penyanyi dan tiada niat pun untuk buat album .. semuga sama2 dapat kebaikkan walaupun telinga korang naik bengkak tumbuh bisul dengar suara aksk yg tak sedap ni ..