

Wanita Bersatu mempertikaikan pengakuan Ketua Bersatu Mersing Alwiyah Talib yang mengumumkan keluar parti dan kembali menyertai Umno bahawa beliau berbuat demikian atas kehendaknya sendiri, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Pemangku Ketua Wanita Bersatu Nolee Ashilin Mohd Radzi menuntut Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi, yang juga menteri besar, menjelaskan sama ada Alwiyah ditawarkan untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) sebagai balasan meninggalkan Bersatu.
“Adakah terdapat sebarang tawaran, jaminan atau pertimbangan lain yang diberikan kepada beliau, termasuk peluang untuk bertanding atas tiket BN pada PRN akan datang?
“Menteri besar selaku pengerusi BN Johor wajar tampil memberikan penjelasan bagi menghentikan segala spekulasi yang…