Wanita itu dilaporkan dipaksa makan makanan tidak halal dan tidak dibenarkan solat atau berpuasa.

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Indonesia akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menghantar seorang wanita warganegara itu ke Malaysia secara haram, di mana dia dipaksa bekerja 16 jam sehari di beberapa buah rumah tanpa gaji.
Duta Besar Indonesia Hermono memberitahu FMT, wanita itu juga dipaksa makan makanan tidak halal dan tidak dibenarkan solat atau berpuasa.
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan menyelamatkan wanita itu di sebuah rumah di Port Dickson pada Isnin lalu selepas menerima aduan daripada Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Wanita berusia 4O tahun itu kini menunggu proses untuk dihantar pulang.
“Kami berharap wanita itu dapat dihantar pulang secepat mungkin sebagai mangsa penyeludupan, dan kami akan mengambil tindakan terhadap…