Site icon Hot FM

Amah dituduh curi barang kemas dipercayai tak dibayar gaji penuh


Konsulat Jeneral Indonesia Pulau Pinang berkata polis menggugurkan kes itu kerana tiada bukti mengaitkan wanita tersebut.

Konsulat Jeneral Indonesia Pulau Pinang berkata, amah yang dikenali sebagai Eka Lestari melarikan diri dari rumah majikan selepas tidak dibayar jumlah gaji dijanjikan. (Gambar Wikimedia)

PETALING JAYA: Seorang amah warga Indonesia yang sebelum ini dituduh mencuri barang kemas milik majikannya bernilai RM69,000 pada tahun lalu sebenarnya menjadi mangsa penindasan selepas tidak dibayar gaji penuh.

Konsulat Jeneral Indonesia Pulau Pinang berkata, wanita itu yang dikenali sebagai Eka Lestari, 27, melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Bukit, Pulau Pinang pada 8 Sept 2022.

Katanya, susulan tindakan Eka itu, majikan wanita itu membuat laporan polis menuduh beliau melarikan diri bersama barang kemas miliknya berharga kira-kira RM69,000.

Menurutnya, Eka kemudiannya menjadi buruan polis dan kejadian itu turut mendapat liputan media tempatan.

“Selepas berita itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version