KLANG: Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengeksploitasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021.
Tertuduh R Vigneswary, 37, turut diarah oleh Hakim Zulqarnain Hassan membayar pampasan RM55,000 secara tunai kepada pembantu rumahnya, Rosmalina berusia 55 tahun.
Zulqarnain menjatuhkan hukuman terhadap ibu kepada tiga anak kembar itu selepas mendapati peguam bela gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Ketika membaca keputusan ringkasnya, Zulqarnain berkata: “Sebagai seorang akauntan tertuduh seharusnya menggunakan kecerdikan dengan melayan mangsa dengan waras dan bukan secara emosional.
“Pembantu rumah juga manusia dan bukannya ‘punching bag’ untuk dilepaskan geram dan dipukul hanya kerana alasan…