Hot FM

Amanah akui PH hilang sokongan Melayu, kata Mat Sabu



PETALING JAYA: Amanah mengakui Pakatan Harapan (PH) telah hilang sokongan Melayu antara sebab utama gabungan itu tewas dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Presidennya, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata kekalahan teruk PH di Melaka dilihat sebagai hikmah bagi membolehkan mereka menilai iklim sebenar politik negara.

“Kita lihat hilangnya sokongan orang Melayu kepada PH. Baguslah PRN Melaka itu dibuat, dapat kita mengukur keadaan sebenar. Oleh itu PH akan bermesyuarat Isnin ini bagi membincangkan hal ini.

“Yang utama sekali, kita kena banyakkan rakan berbanding lawan dan hilangkan persepsi negatif yang ditanam terhadap PH.

“(Persepsi) bukan betul pun, malah sekarang kita nampak PAS Kelantan sendiri pun mula sebut rasa nikmat di bawah kerajaan PH yang beri RM400 juta duit petroleum kepada Kelantan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia selepas merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan Kali Keenam di Kota Bharu

Mohamad berkata, berdasarkan PRN…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version