Hot FM

Amanah bawa cadangan hadapi PRU16 tanpa BN ke majlis presiden PH


mohamad sabu
Presiden Amanah, Mohamad Sabu, kata partinya akan ikut keputusan PH berhubung cadangan hadapi PRU16 tanpa BN.
PETALING JAYA:

Amanah akan membawa cadangan supaya parti itu menghadapi PRU16 tanpa kerjasama dengan Barisan Nasional ke majlis presiden Pakatan Harapan (PH), bagi mendapatkan ‘keputusan bersama’.

Presidennya, Mohamad Sabu, memaklumkan perkara itu kepada pemberita, seusai konvensyen nasional Amanah hari ini, yang menyaksikan hampir semua perwakilan menyokong usul supaya Amanah menghadapi PRU16 tanpa kerjasama dengan BN.

“Kita akan ikut keputusan PH. Apa PH bersetuju, kita akan ikut bersama,” katanya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, berkata usul berkenaan menggabungkan cadangan daripada Selangor, Subang dan Kelantan.

Selepas usul diluluskan, Ketua Wanita Aiman Athirah Sabu berkata Amanah perlu membuktikan kesiapsiagaan menghadapi PRU16 tanpa kerjasama dengan BN.

Katanya, Amanah mesti masuk 29 kerusi Parlimen ‘dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version