Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Amanah gesa PM ambil serius isu Azam Baki

today17 January 2022

Background



Ahli Amanah menuntut Azam Baki berundur daripada jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

PUTRAJAYA: Sekumpulan anggota Amanah hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri meminta beliau mengambil serius dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Memorandum itu diserahkan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Naib Presidennya, Mahfuz Omar kepada wakil Jabatan Perdana Menteri.

Mahfuz memberitahu pemberita, mereka menggariskan tiga tuntutan: sidang Parlimen untuk membincangkan dakwaan terhadap Azam, jawatankuasa siasatan bebas Parlimen untuk mengkaji perkara itu, dan meminta Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong menggantung tugas Azam sehingga siasatan selesai.

Beliau berkata, tidak cukup hanya mendengar penjelasan Azam kerana dakwaan itu serius.

“Kita perlu ikut prosedur di bawah undang-undang, sebab itu kita ada mahkamah, polis dan Jabatan Peguam Negara. Kami dengan rendah hati…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: 'Ainin Wan Salleh


Previous post

Sukan

Kerajaan akan beri kerjasama

Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberi sokongan sepenuhnya dalam usaha merealisasikan impian menjadi tuan rumah kelayakan Piala Asia 2023 Jun depan.

today17 January 2022