
KUALA LUMPUR: Amanah tidak mencalonkan penyandang kerusi Parlimen Sepang, Hanipa Maidin pada pilihan raya umum ke-15.
Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, parti itu mahu memberi peluang kepada muka baharu.
“Ini tidak bermakna prestasi mereka (Hanipa, bekas Ahli Parlimen Tampin, Hasan Bahrom dan bekas Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus) tidak baik,” katanya dalam sidang media hari ini.
Hanipa akan digantikan bekas senator Aiman Athirah di Sepang.