Hot FM

Amanah Johor perlu ‘pijak di bumi nyata’ sebelum tanding 20 kerusi, kata penganalisis


amanah
Amanah hanya mampu memenangi satu kerusi DUN daripada 20 yang diperuntukkan kepadanya pada PRN Johor 2022. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Amanah perlu berhati-hati dan melihat kemampuannya sebelum mahu bertanding sehingga 20 kerusi DUN di Johor kerana kekuatannya banyak bergantung kepada rakan dalam Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata PKR dan DAP banyak membantu perkembangan Amanah di Johor yang tidak mempunyai kekuatan akar umbi.

Menurutnya, Amanah perlu berpijak di bumi nyata di Johor dengan bertanding berdasarkan kekuatan sendiri dan jumlah ahli berbanding bergantung kepada kekuatan parti lain.

“Bagi saya itu baru ‘gentleman’ berbanding mendabik dada dengan kekuatan parti lain,” katanya kepada FMT mengulas pengumuman Amanah Johor menyasar bertanding 20 daripada 56 kerusi DUN pada pilihan raya akan datang.

Timbalan Pengerusinya Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata keputusan itu diambil sebagai tanda tidak bersetuju dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version