Khalid Samad berkata isu bantahan terhadap permohonan pengampunan kepada Najib Razak tidak lagi berbangkit.

PETALING JAYA: Khalid Samad berkata Amanah membuat permohonan maaf kepada Umno berhubung bantahan terhadap permohonan pengampunan Najib Razak supaya “tidak ada parti tersinggung dan semua pihak boleh move forward”.
“Mohon maaf sekiranya kenyataan itu menyinggung atau melukakan Umno. Wajar dipohon kemaafan kerana bukan niat kenyataan tersebut untuk melukakan mana-mana pihak.
“Yang penting tujuan permohonan maaf adalah supaya kita boleh ‘move forward’ kerana Lembaga Pengampunan telah bersidang dan isu ini telah berlalu,” kata pengarah komunikasi Amanah itu kepada FMT.
Ahad lalu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, membuat permohonan maaf itu di hadapan Presiden Umno Zahid Hamidi pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri timbalan perdana…
