
PETALING JAYA: Walaupun sudah menyerahkan empat kerusi kepada MUDA, Amanah mengumumkan ia menyokong calon PKR dalam pertembungannya dengan parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada PRN Johor.
Pengarah Komunikasi Khalid Samad berkata Amanah menyifatkan pertembungan itu sebagai “amat malang” kerana Pakatan Harapan telah membentuk suatu kerjasama dengan MUDA.
“PKR adalah rakan gabungan,” katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, Khalid menyeru parti-parti pembangkang mengehadkan persaingan antara mereka kepada kerusi-kerusi bertindih sahaja, dan mempertahankan kerjasama mereka di DUN lain.
“Demi mendukung matlamat yang sama untuk menafikan kemenangan kepada Umno-Barisan Nasional,” katanya.
Dalam masa sama, Khalid menggesa PKR dan rakan gabungan PH lain menganggap calon…