Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Amang seksual atlet, bekas penolong jurulatih dipenjara 6 tahun

today16 May 2024

Background


Mahkamah turut memerintahkan Mat Salleh Jalani, 61, berada bawah pengawasan polis selepas dua tahun selesai jalani hukuman penjara. (Gambar X)

PETALING JAYA: Bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukan Malaysia (Sukma), enam tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh Mat Salleh Jalani, 61, didapati bersalah di penghujung perbicaraan, hari ini.

Mengikut pertuduhan dia didakwa telah melakukan amang seksual ke atas seorang remaja lelaki yang ketika itu berumur 14 tahun satu bulan di sebuah taman perumahan di Marang, pada Mac 2018.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan.

Menurut Bernama, hakim memerintahkan hukuman penjara dijalankan bermula hari ini dan tertuduh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post