Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Amang seksual cucu, warga emas mengaku tak salah

today27 December 2023

Background


Seorang datuk berusia 70 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap cucunya. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Seorang datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu perempuannya berusia 15 tahun, empat bulan lepas.

Warga emas berusia 70 tahun itu didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu datuk, dengan sengaja telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa ketika itu berumur 15 tahun tujuh bulan bagi tujuan seksual di sebuah kediaman di Brickfields di sini antara 6 pagi sehingga 9 malam, pada pertengahan Ogos tahun ini.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta sebagai tambahan hukuman bagi Seksyen 16(1) itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post