Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Amang seksual pelajar, guru PJK mengaku tak bersalah

today4 September 2024

Background


gavel
Mohd Hamdi Hanafi, 47, dibenar ikat jamin RM60,000 dengan kes disebut semula pada 6 Okt. (Gambar fail)

KUALA TERENGGANU: Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelakinya yang berusia 14 tahun.

Mohd Hamdi Hanafi, 47, didakwa melakukan perbuatan tersebut dalam sebuah kereta di Jalan Pantai Sura dan di sebuah rumah di Dungun, masing-masing pada 3 dan 10 Ogos 2023.

Guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah menengah di sini, berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Pertuduhan turut dibacakan bersama Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan kerana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan mangsa.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post