Hot FM

Amaran cuaca buruk di 6 negeri pagi ini



Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak antara enam negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 9 pagi ini.

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan enam negeri sehingga 9 pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan membabitkan Port Dickson dan Rembau.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kelantan melibatkan Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai sementara Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Sarawak pula membabitkan beberapa kawasan iaitu Kuching, Serian, Samarahan,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version