Hot FM

Amaran ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara hingga 9 malam


lightning petir kilat
MetMalaysia beri amaran cuaca buruk dijangka berlaku di seluruh negara hingga 9 malam ini. (Gambar Envato Elements)
KUALA LUMPUR:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di semua negeri dan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi amaran pada 4.35 petang memaklumkan cuaca buruk itu diramal berlaku di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Perak serta Kuala Lumpur.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Kelantan hanya melibatkan Gua Musang.

Bagi Pahang, amaran meliputi Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera serta Rompin manakala di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Di Negeri Sembilan, kawasan terjejas ialah Jelebu, Jempol dan Tampin, manakala di Melaka melibatkan Jasin serta beberapa daerah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version