Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Amat-Amat Dahsyat!” – Tular Budak Lelaki Buat Liputan Loghat Utara Buat Ramai Terhibur

today25 January 2022

Background


Menerusi video yang dikongsi oleh @MALAYSIAVIRALL, kelihatan budak lelaki berkenaan sedang merakam sebuah kejadian penemuan ular sawa di pasar raya Bukit Selambau.

Apa yang menghiburkan adalah dia bercakap dengan sangat laju dan tercungap-cungap demi menyampaikan laporan berita tergempar itu kepada orang ramai. Malah, loghat utaranya yang pekat juga membuatkan ramai berdekah mendengarnya.

“Ada kemunculan seekor ular sawa yang paling besar dan amat-amat besar dan muncul di dalam longkang. Kami sedang mencuci longkang dan membersihkan kawasan market. Kami tak tau pasai apa ayaq boleh bertakung dengan sangat tinggi dan kami ingat ada sampah la kan. rupa-rupanya ular sawa yang sangat besar,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post