Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ambil alih baki saham MAHB cecah 75.73%

today6 January 2025

Background


mahb malaysia airports
Tawaran pengambilalihan untuk saham MAHB akan kekal pada RM11 bagi baki saham selebihnya dan tempoh dilanjutkan kepada 17 Jan.

KUALA LUMPUR: Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd, dan Gip Aurea Pte Ltd mencapai 75.73%.

AmInvestment Bank dalam kenyataan berkata jumlah saham MAHB yang dipegang oleh pemberi tawaran bersama dan pemberi tawaran muktamad bersama pada 5 petang, 6 Jan adalah pada 70.08% (1,169,277,833 saham), dengan 5.65% (94,297,176 saham) penerimaan belum selesai.

Ini menjadikan jumlah saham yang diperoleh sebanyak 75.73% peratus dengan sejumlah 1,263,575,009 saham.

Tawaran pengambilalihan untuk saham MAHB akan kekal pada RM11 bagi baki saham selebihnya dan tempoh telah dilanjutkan kepada Jumaat, 17 Jan 2025 daripada 8 Jan 2025, kata bank pelaburan itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post