
Langkah bersasar seperti bantuan kewangan sementara, memudahkan akses kepada modal kerja dan inisiatif pengurangan kos adalah penting dalam menyokong perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), sekiranya konflik geopolitik yang berterusan semakin meruncing.
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Syed Hussain Syed Husman berkata, pihaknya mengiktiraf pendekatan berhati-hati kerajaan dan turut menggesa langkah persediaan serta fleksibiliti dalam tindak balas dasar sekiranya keadaan di Asia Barat memburuk.
“Pada peringkat ini, rangsangan berskala luas mungkin tidak diperlukan serta-merta. Bagaimanapun, kerajaan mesti bersedia untuk bertindak pantas sekiranya keadaan bertambah buruk,” katanya dalam kenyataan hari…