
PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun akan menggantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Pengumuman itu dibuat Anwar dalam Jelajah PH di Port Dickson malam tadi.
“Biarlah orang yang saya pilih tu adalah orang Port Dickson percaya, standard dia, sama ada sama atau lebih daripada saya, kalau ambil rendah, (orang kata) Anwar ni tinggal begitu, jadi Ahli Parlimen kita tak semangat mereka kata.
“Oleh itu, saya nak umumkan calon PH bagi Port Dickson adalah Aminuddin Harun,” katanya sambil mempelawa Aminuddin naik ke pentas dan mengangkat tangannya.
Anwar berkata, Aminuddin pada mulanya menolak tawaran itu kerana beban kerjanya sebagai menteri besar, tetapi beliau…