Hot FM

Aminuddin jadi taruhan BN lawan Anwar, Peja di Tambun



Ketua Umno Tambun Aminuddin Md Hanafiah mungkin jadi taruhan BN untuk menentang Anwar Ibrahim dan Ahmad Faizal Azumu di Parlimen Tambun. (Gambar Facebook Umno Online)

PETALING JAYA: Ketua Umno bahagian Tambun Aminuddin Md Hanafiah dicadangkan Umno Perak untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun yang akan ditandingi dua calon heavyweight dari Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, Aminuddin bakal berdepan dengan Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

“Untuk calon BN di Parlimen Tambun, nama yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri ialah Datuk Aminuddin iaitu ketua Umno bahagian (Tambun) yang juga setiausaha perhubungan Umno negeri,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Aminuddin adalah bekas ADUN Hulu Kinta yang kalah kepada calon PKR, Muhamad Arafat Varisai Mahamad pada PRU14.

Dalam pada itu, Zahid yang juga Pengerusi Barisan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version