
Bekas menteri besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyeru rakyat negeri itu bersatu dan mempertahankan institusi diraja susulan kemelut membabitkan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.
Dalam hantaran di Facebook, Aminuddin turut menyeru rakyat mendoakan kesejahteraan Tuanku Muhriz yang ditegaskannya sebagai masih Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
“Saya menyeru agar seluruh rakyat Negeri Sembilan bersatu hati dan mendoakan kesejahteraan Tuanku Muhriz serta mempertahankan kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan,” katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menggesa rakyat menolak pemimpin yang didakwanya mengkhianati institusi diraja dan melanggar Perlembagaan.
Hantaran itu dibuat ketika kemelut mengenai kedudukan Tuanku Muhriz memasuki perkembangan terbaru selepas exco kerajaan negeri…