Hot FM

Amir Hamzah akan menghadap Sultan Pahang jelas peruntukan persekutuan


Amir Hamzah Azizan
Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan persekutuan komited pastikan semua peruntukan kepada negeri-negeri patuhi Perlembagaan Persekutuan. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, beliau akan menghadap Sultan Pahang minggu depan bagi memberikan penjelasan mengenai peruntukan kerajaan persekutuan untuk negeri itu.

Amir Hamzah berkata, kerajaan persekutuan komited memastikan semua peruntukan kepada negeri-negeri mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

“Kita cuba tambah peruntukan setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas melawat SK Tan Sri Awang Had Salleh di Balik Pulau, hari ini.

Amir berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut menyentuh perkara itu dan akan membincangkannya dengan kerajaan Pahang.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah baru-baru ini menggesa campur tangan kerajaan persekutuan dalam urusan berkaitan hasil negeri Pahang, termasuk kelulusan eksport pasir sungai.

Tengku Hassanal melahirkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version