Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Amir Nafis Patah Jari Gara-Gara Penggambaran Filem Dajal

today10 February 2025

Background

“Saya tak rasa sakit, cuma kebas.”

Itulah pengalaman pelakon Amir Nafis apabila jari hantu tangan kirinya patah ketika menjalani penggambaran filem Dajal: Satu Malam Dipedajal.

Amir, atau nama penuhnya Amir Nafis Ma’arof, 33, berkongsi bahawa kejadian itu berlaku ketika dia melakonkan adegan dicekik dalam filem arahan Pierre Andre.

“Ketika penggambaran filem ini dijalankan, jari tengah tangan kiri saya patah. Insiden itu berlaku dua hari sebelum tamat penggambaran.

“Ketika itu sedang lakukan babak saya dicekik. Bukan salah orang lain, tapi silap saya sendiri sebab salah ‘landing’ tangan.

“Walaupun jari saya patah, penggambaran tetap diteruskan. Namun ada beberapa perkara yang terpaksa dikompromi oleh krew,” katanya ketika ketika ditemui di malam gala tayangan filem Dajal yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Akibat kecederaan itu, Amir kini berdepan kesan sampingan apabila tangannya tidak lagi dapat digenggam sepenuhnya.

“Kebetulan ada krew di set yang tahu fasal tulang, dia bantu saya. Dia kata tulang saya patah tiga. Kemudian baru saya pergi jumpa doktor.

“Sebulan lebih juga untuk pulih sepenuhnya. Namun kesannya sehingga kini, tangan saya sekarang sudah tidak boleh genggam penuh,” jelasnya.

@xtra_my

Fuhhh, pengorbanan seorang pelakon sampai patah tiga jari tengah Amir Nafis 😭 #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #amirnafis #patah #tiga #jari #sebab #lakon #filem #dajal

♬ original sound – XTRA – XTRA

Filem Dajal: Satu Malam Dipedajal, terbitan Metrowealth Pictures, telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 6 Februari.

Selain Amir, filem ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan, Jay Iswazir, Dai Syed, Jaja Iliyes, dan Hanna Halim.

Written by: Aqilah


Previous post