Penyanyi, Amira Othman sah bergelar isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin hanya dengan sekali lafaz.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kesopanan Amira Othman Terserlah, Ambil Berkat Dalam Majlis Khatam Al-Quran Sebelum Bergelar Isteri
Artikel Berkaitan: Amira Othman Titip Ucapan Hari Jadi Buat Bakal Suami – ‘Semoga Yang Baik-Baik Untuk Manusia Sebaik Awak’
Sah bergelar suami isteri

Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin beserta lima dulang daripada pihak lelaki dan dibalas tujuh dulang hantaran sebagai simbolik penyatuan cinta mereka.
Dalam majlis berkenaan, pelantun lagu Dalam Sujudku itu mengenakan busana daripada Teh Firdaus manakala pengantin lelaki daripada pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini.
Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Majlis yang berlangsung secara eksklusif itu hanya dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan rakan rapat pasangan berkenaan, menjadikan…