
PETALING JAYA: Adun Sungai Tua Amirudin Shari dilantik sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua.
Naib presiden PKR itu mengangkat sumpah jawatan menteri besar Selangor ke-17 di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, kira-kira11.30 pagi.
Pelantikannya menamatkan spekulasi jawatan menteri besar selepas PRU15 peringkat Selangor yang menyaksikan kemenangan Pakatan Harapan-Barisan Nasional pada12 Ogos lalu.
Amirudin berjaya mempertahankan DUN Sungai Tua bagi penggal keempat selepas menewaskan dua pencabarnya Hanif Jamaluddin daripada Perikatan Nasional dan Suman Gopal (bebas) dengan majoriti 5,185 undi.
Istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji exco negeri pula dijadual berlangsung 2 petang ini di istana sama.
Gabungan PH dan BN berjaya membentuk kerajaan di Selangor selepas menang 34 daripada 56 DUN, namun gagal…