
PETALING JAYA: Menteri besar Selangor Amirudin Shari telah menolak cita-cita PAS untuk merampas kuasa negeri itu pada PRU akan datang, sambil memetik cubaan Barisan Nasional (BN) yang gagal dulu.
Amirudin, yang juga ketua Pakatan Harapan Selangor, berkata BN, sekutunya yang berada dalam kerajaan perpaduan sekarang mempunyai cita-cita yang sama sebelum ini.
“Dulu masa kita lawan BN, BN pun cita- cita nak ambil, alhamdulillah kita dapat.
“Sekarang dengan BN dan PH (jadi sekutu) kita dapat ‘control’ (Selangor),” katanya selepas merasmikan “Forum Pemanasan Dunia Dan Alam Sekitar” di sini tadi..
PH dan BN kini memegang 34 daripada 56 kerusi DUN.
Amirudin berkata kini terserah kepada PH untuk terus berusaha bagi memastikan ia mengekalkan negeri itu pada pilihan raya akan datang.
Ahad lalu, Ketua…
