Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Amirul AF4 Meninggal Dunia Pada Usia 37 Tahun, Tinggalkan Isteri Hamil Trimester Ketiga

today25 November 2025

Background
Amirul AF4 Meninggal Dunia Pada Usia 37 Tahun, Tinggalkan Isteri Hamil Trimester Ketiga


Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat iaitu Amirul Azwan Mohd Ghazali dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

Salam takziah

Memetik laporan Berita Harian, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun dipercayai akibat serangan jantung.

Berita pemergian itu disahkan rakan seperjuangan Allahyarham iaitu Dr Syamsul Hirdy Muhid atau lebih dikenali sebagai Diddy Hirdy.

Kami sudah lama tidak berhubung. Bagaimanapun, saya dimaklumkan mengenai pemergian arwah oleh salah seorang kakitangan saya yang juga sepupu kepada isterinya.

Allahyarham kini berada di sebuah hospital di Kuching, Sarawak. Saya difahamkan arwah tidak mempunyai sejarah penyakit, jadi proses bedah siasat dijalankan jam 2 petang.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang kini sedang hamil trimester ketiga. 

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2023.

Sumber: Berita Harian

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post

Sukan

MOM, MSN pantau situasi banjir di Songkhla

Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) memantau rapat situasi banjir di Songkhla, Thailand yang merupakan satu daripada kluster venue Sukan Sea 2025, dijadual berlangsung dari 9 hingga 22 Disember ini.

today25 November 2025