
BENTONG: Amizar Abu Adam berikrar akan memikul amanah yang diberikan pengundi kepadanya dengan baik dan meneruskan legasi Johari Harun selepas menang dalam PRK DUN Pelangai.
Amizar, 53, yang mewakili Barisan Nasional (BN) turut melahirkan rasa syukur atas kemenangan itu setelah beliau sebelum ini tewas sebagai calon di DUN Ketari pada PRU15 lepas.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan BN serta pengundi kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi wakil rakyat di kawasan yang dikenali sebagai “penghujung Pahang” itu.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi DUN Pelangai yang memilih BN sebagai parti yang akan terus memberikan perkhidmatan di sini,” katanya ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai Felda…