Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurhayatitahirr, kelihatan dia sedang memakaikan tudung di kepala kawan Cinanya yang mesra dipanggil Wawa.
Menurutnya, Wawa sendiri yang meminta tolong gadis itu untuk memakaikannya tudung buat pertama kali kerana ternampak salah satu komen di Instagram.
Apa yang lebih membuatkan ramai kagum adalah, Wawa siap membebel ingin memakai baju lengan panjang kerana berpendapat bahawa orang Melayu dan Islam tidak sesuai memakai baju lengan pendek bersama tudung.
Sebelum ini, Wawa juga sempat memberikan tazkirah buat Nurhayati apabila dia diprank konon kawannya itu ingin membuka tudung demi konten.
Lihat video penuh itu di bawah: