Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui dalam keadaan menyedihkan, terpaksa tinggal dalam rumah dipenuhi longgokan sampah akibat ahli keluarga terjerumus dalam najis dadah.
Menurut Harian Metro, lebih memilukan apabila mangsa tidur di atas tilam ‘diselimuti’ sampah yang menjijikkan.
Jurucakap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan, insiden ini ditemui semasa lawatan dan program mendekati masyarakat di sebuah daerah di Kelantan.
Sumber:
