
BUKIT MERTAJAM:
Sebanyak 20 peserta termasuk anak angkat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim menyantuni lebih 300 penumpang KTM Komuter menerusi program Edaran Jalur Gemilang pada Sabtu lepas.
Program anjuran Kelab Wanita Muda Bukit Mertajam dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam dan Pejabat Penerangan Seberang Perai Tengah (SPT) itu dilaksanakan dalam koc komuter bagi perjalanan dari Stesen Bukit Mertajam, Pulau Pinang, ke Stesen Sungai Petani, Kedah.
Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, program tersebut diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di samping mengukuhkan hubungan…