Menurutnya, dia tidak berkongsi kepada umum tentang kes ini kerana ianya masih dalam siasatan polis namun apabila mendapat berita kes terbabit dianggap NFA, dia berasa sangat kecewa.
“Selama sebulan ini, saya tidak menceritakan kepada semua kerana kes ini masih dalam siasatan polis. Dalam sebulan ini juga, tiada seorang cikgu dari taska itu yang mengaku dan semuanya mengatakan tidak tahu ada kesan lebam pada badan Ayden.
“Yang lebih malang, tiada CCTV di dalam kelas Ayden kerana dikatakan rosak dan sedang diselenggara. Statement cikgu yang mengatakan Ayden jatuh di gelongsor juga tidak benar kerana dalam CCTV, tiada kelibat Ayden bermain di gelongsor dan tiada sesiapa pun yang jatuh. Sehingga hari ini, tiada tangkapan reman dibuat ke atas mana-mana cikgu di taska tersebut.
“Hari ini, kami baru dapat berita dari pihak polis bahawa kes ini telah dianggap sebagai No Further Action (NFA) di mana tiada dakwaan atau tindakan akan diambil ke atas pihak taska atas alasan tiada bukti…