Seorang anak kepada bekas pemimpin negara telah ditahan oleh pihak polis selepas penemuan dadah di dalam kereta miliknya di Lebuhraya Sprint pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Bapa Tembak Mati Kekasih Anak, Tak Restu Sebab Pernah Terjebak Dengan Dadah
Artikel Berkaitan: G-Dragon Bebas Tuduhan, Bakal Tubuhkan Yayasan Anti Dadah
Tangkapan dilakukan

Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan bahawa pihaknya telah membuat tangkapan terhadap lelaki berusia 20-an itu.
Ya, saya sahkan.
Pihak polis juga menemukan sejumlah kecil dadah jenis heroin bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan bahan terlarang tersebut.
Difahamkan, individu berkenaan juga mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.
Untuk makluman, penahanan suspek dilakukan semasa operasi pencegahan jenayah bersepadu yang dijalankan oleh Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang dilaksanakan di sekitar Damansara.
Sumber: Harian Metro