Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang berkeliaran di shopping mall tanpa pengawasan orang dewasa.
Mujur, ada seorang gadis yang merupakan promoter sebuah kedai menyapanya dan memberi belon. Budak lelaki itu dilihat tidak takut dengan orang dan terus menerima belon tersebut.
Gadis itu dilihat membawa budak kecil itu ke kaunter informasi untuk membuat pengumuman kehilangan anak supaya dapat mencari ibu dan ayahnya.