“Keadaan perut anak saya ini makin membesar sehingga 52 sm berbanding sebelum ini 44 sm dan itu membuatkan saya dan suami risau, namun kami tidak akan berhenti berikhtiar agar dia pulih seperti bayi yang normal.
“Doktor kata tak pasti sama ada perut dia akan membesar lagi atau tidak dan buat masa ini, doktor cuma buat pemantauan manakala kami bawa dia menjalani rawatan susulan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan Hospital Serdang, Selangor berkenaan masalah jantungnya,” katanya lagi.
Pasangan suami isteri tersebut turut membuat rawatan alternatif dan mendapatkan maklumat daripada pakar perubatan lain.
“Sebagai ibu, tentunya saya bersabar serta terus berusaha untuk cari rawatan terbaik dan yakin dengan izin Allah, dia akan sihat nanti.
“Dari segi kos perubatan, Alhamdulillah setakat ini ramai membantu dan Baitulmal pun ada beri bantuan susu khas. Sekarang ini saya hanya cuba berikhtiar dan berharap ada keajaiban untuknya untuk pulih,” katanya.