Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan anak perempuannya, Kasih Iris Leona teringin untuk berlakon dalam mana-mana drama tempatan.

Perkongsian itu dibuat menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.
Bagaimanapun, Azhar mengakui bahawa Leona kurang mahir berbahasa Melayu dan agak pelat dengan bahasa ibunda.
Pelakon drama Cinta Korporat itu lalu memberi syarat jika ada yang sanggup melatih anaknya berbahasa melayu, Azhar dan isteri akan izinkan Leona untuk berlakon.
Rata-rata pengikut Azhar memberikan respon pelbagai di ruangan komen.