Hot FM

Anak gajah mati dilanggar kereta di Johor


gajah mengamuk
Insiden pagi tadi menyamai kejadian pada Mei tahun lalu, apabila seekor anak gajah mati dilanggar lori di Lebuhraya Timur-Barat, menyebabkan ibunya mengamuk. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Seekor anak gajah mati selepas dilanggar sebuah kereta berhampiran Mersing, Johor, awal pagi tadi.

Video memaparkan seekor gajah dewasa berada berhampiran lokasi kemalangan, dipercayai ibu kepada anak gajah itu, turut tular di media sosial.

Harian Metro melaporkan sebuah kereta melanggar anak gajah berkenaan sebelum terbabas ke dalam gaung sedalam 5 meter berhampiran Kampung Pengkalan Bukit Asli.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Alias Hussin, berkata pemandu berusia 31 tahun itu sedang dalam perjalanan ke Kluang ketika kemalangan berlaku.

Pemandu berkenaan yang tersepit dalam kenderaan berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat.

Mangsa cedera di kedua-dua kaki dan dihantar ke Hospital Mersing untuk rawatan.

Pada Mei 2025, seekor anak gajah turut mati selepas dilanggar lori di Lebuhraya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version