Penyanyi, Syamel berkongsi perasaan sukar melepaskan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha, 3, pertama kali ke sekolah.
Menerusi platform X, Syamel atau nama lengkapnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, dan isteri, penyanyi, Ernie Zakri, 33, sedikit beremosi pada awalnya namun lama-kelamaan sudah boleh menyesuaikan diri tanpa kehadiran anak di sisi buat sementara waktu.
Jelas pelantun lagu Hamba Cinta ini, anak perempuannya yang dikenali dengan karakter periang serta ramah itu dikatakan sangat bahagia bermain di sekolah.
“Khawla pertama kali ke sekolah (mintessori). Awal-awal susah sikit nak tinggalkan tapi lepas setengah jam, Alhamdulillah dah boleh biasakan diri. Maksud saya, ibu bapa dia… Si Khawla happy saja bermain dalam tu,” tulisnya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi perasaaan sama ketika pertama kali menghantar anak mereka ke sekolah.
Sekadar info, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Khawla Soleha pada 22 Februari 2022.