

Menjual kereta untuk membeli motosikal latihan, membelanjakan hampir RM100,000 bagi kos perlumbaan dan berulang-alik mencari tajaan antara pengorbanan ibu bapa demi memastikan anak terus mengejar impian dalam sukan permotoran.
Bagi keluarga pelumba, sokongan bukan sekadar hadir di tepi litar, sebaliknya menuntut pengorbanan kewangan, masa dan tenaga yang tidak sedikit.
Anis Shahira Ismail, ibu kepada Qaish Isyraf Mohd Qayyum, yang bakal mewakili Malaysia di Sepanyol bulan ini, berkata suaminya menjual kereta dan barangan lain untuk membeli sebuah motor untuk kegunaan latihan.
Anis, yang bekerja dalam sektor perbankan, berkata dia dan suami pada awalnya berat hati membenarkan Qaish berlumba. Namun, kesungguhan pelumba muda itu membuatkan pasangan itu akhirnya memberikan sokongan.
“Kami berbincang, ‘tak kan hendak bagi anak lumba motor’, sebab kita tahu ia libatkan nyawa tapi…