Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anak kucing disimbah cat, ganjaran RM3,000 untuk tahan penganiaya

today30 September 2023

Background


Keadaan anak kucing yang disimbah cat putih. (Gambar X Izzat Bashir)

PETALING JAYA: Ganjaran RM3,000 ditawarkan kepada penyalur maklumat dengan pembuktian lengkap, jelas dan sah mengenai penganiaya haiwan menyimbah cat putih ke atas seekor anak kucing yang tular di media sosial.

Difahamkan, anak kucing itu ditemui di sebuah universiti awam di Gombak.

Ganjaran tunai itu ditawarkan Persatuan Haiwan Malaysia melalui Malaysia Animal Crime Transparency (MyAct), jika pelaku dapat ditahan dan dibuktikan bersalah di mahkamah.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika, berkata tindakan itu tidak bertanggungjawab dan mengancam nyawa kucing terbabit kerana bahan kimia boleh memudaratkan kesihatannya jika ia menjilat badannya.

“Saksi kejadian atau penduduk Gombak boleh tampil menyalurkan aduan mengenai kejadian kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan ke hotline Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di WhatsApp 010 5394749,” katanya menurut Harian Metro.

Kes boleh disiasat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post